Bengkel Penulisan Novel

Mahu jadi penulis novel? Mahu belajar teknik menulis novel? Realisasikan impian anda.

DAFTAR SEBAGAI PESERTAKlik di sini untuk pendaftaran.

PENDAFTARAN DITUTUP PADA 15 MEI 2015.

Mengapa Perlu Sertai?

  • Pelajari terus daripada penulis novel berpengalaman.
  • Dengar terus daripada penerbit apa yang mereka mahukan.
  • Bukan seminar motivasi, tetapi peserta terus dilatih.
  • Dianjurkan oleh Akademi Penulis yang berpengalaman dalam industri.
  • Sudah tiba masanya anda menulis novel sendiri.

"Mungkin Anda Sudah Lama Berimpian Untuk Menulis Novel Sendiri. Kini Tiba Masanya!"

Maklumat Bengkel

Tarikh: 23 & 24 Mei 2015 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Yuran: RM470 (Terhad: GST bernilai RM28.20 ditanggung oleh kami!)
Peserta: Terhad 40 orang sahaja (tempat makin penuh!)
Tempat: Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Wisma Sejarah terletak di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Institut Jantung Negara (IJN).

Hubungi kami untuk pertanyaan: 03-41492560

maps

Bengkel Ini Akan Berlangsung...

Cukai GST 6% anda untuk kursus ini bernilai RM28.20 ditanggung sepenuhnya oleh kami sebagai bukti kami komited membantu anda. NAMUN tawaran ini (tanggungan GST) adalah TERHAD dan akan ditamatkan pada bila-bila masa.

bengkelnovel

PENYERTAAN MAKIN PENUH!

Pernahkah Anda mengalami situasi di bawah?

Di satu sudut kedai kopi, sepasang suami isteri rancak bercerita. Inilah rutin mereka setiap petang. Secawan kopi dan sepinggan kuih menjadi hidangan ringan. Angan-angan dan imaginasi mereka saling bertukar.

Kemudian salah seorang daripada mereka berkata, "Bagaimana jika kita jadikan imaginasi kita satu novel yang dapat dicetak dan dijual?"

Seorang lagi bertanya, "Di mana hendak kita bermula?"

Seorang pekerja sudah lima tahun berkhidmat di sebuah organisasi kerajaan. Begitu juga jiran beliau yang bekerja di sebuah agensi swasta. Mereka saling berkongsi cerita. Kisah rutin kerja dan gelagat orang yang ditemui serta karenah mereka. Cerita lucu, sedih dan marah bertukar-takir. Mereka mahu menghilangkan kebosanan dengan rutin dengan saling bertukar cerita.

Sehinggalah seorang lagi berkata, "Daripada kita bercerita sahaja dan hilang begitu sahaja, mengapa tidak kita jadikan cerita-cerita ini sebuah karya kreatif yang dapat dicetak dan dijual."

Seorang lagi bertanya, "Kita ubah watak, tempat dan kekal cerita dalam karya itu. Namun begitu di mana kita hendak dapatkan kemahiran sebegitu?"

Adakah anda .... ?

Adakah Anda mempunyai salah satu ataupun semua harta bernilai di bawah ini?

  • Pengalaman kerja
  • Pengalaman hidup
  • Cerita peribadi
  • Cerita rakan-rakan
  • Peristiwa suka dua
  • Imaginasi dan khayalan
  • Angan-angan
  • Impian

Adakah Anda berminat untuk menambah nilai harta paling berharga dalam diri anda dengan hanya menjadikan ia sebuah karya kreatif yang enak dibaca, diulang cetak dan memberi inspirasi kepada orang lain? Nilai sebenar cerita yang dianggap biasa-biasa ini sebenarnya nilainya lebih tinggi daripada apa yang disangka. Ini kerana ia tidak didedahkan oleh mereka yang pakar kepada umum. Sehinggalah hari ini…. Kisah benar daripada penulis prolifik Malaysia yang menulis lapan buah novel dengan hanya menukar aset diri kepada karya yang diulang cetak sehingga hari ini.

Siapakah Trainer untuk Bengkel Ini?

Novelis Salina Ibrahim

Daripada: Salina Ibrahim, Trainer Bertugas
Lokasi: Akademi Penulis, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum dan salam bahagia para pembaca,

Saya doakan kesejahteraan dan kelapangan dalam urusan seharian. Moga impian hari ini menjadi kenyataan.

Saya Salina Ibrahim. Ketika usia remaja, saya memberitahu keluarga bahawa saya mahu salinaibrahimbesarmenjadi seorang penulis fiksyen sepenuh masa, mereka ternyata meragui cita-cita saya. "Bolehkah kamu hidup dengan menjadi seorang penulis? Bagaimana sebuah 'buku cerita' akan memberikan pulangan kewangan kepada kamu? Siapa yang hendak membeli 'buku cerita' yang kamu tulis?"

Saya tiada jawapan kepada persoalan yang dilontarkan pada ketika itu. Di waktu remaja, saya banyak membaca karya berbentuk  fiksyen. Pembacaan ini memberikan saya pelbagai inspirasi untuk menulis. Saya ingin menulis apa sahaja mengenai kehidupan diri sendiri, orang lain dan sekeliling. Itulah yang saya lakukan dengan menuangkan kesemua ini ke dalam bentuk karya fiksyen pendek sembilan tahun lalu, apabila novel pertama saya, Mahligai diterbitkan, saya amat termotivasi.

Pertama: Novel pertama itu sendiri secara fizikalnya adalah penguat semangat yang paling besar.

Kedua: Saya peroleh ramai sahabat baru daripada kalangan pembaca yang menikmati ini novel itu. Mereka memberikan pelbagai maklum positif mahupun negatif. Positif dijadikan teladan, negatif dijadikan sempadan.

Ketiga: Paling teruja apabila ada pembaca yang berkata mereka termotivasi dan terinspirasi kerananya. Pelbagai ilmu dan maklumat diperoleh daripada novel itu. Mereka ‘meminjam kekuatan’ daripada watak-watak yang saya bina. Mereka ketawa, bersedih, marah dan benci bersama-sama watak dalamnya.

Saya hampir tidak percaya bahawa novel sekecil itu boleh menjadi ‘pendidik’ dan ‘pemberi maklumat’ yang berkesan serta berpengaruh kepada orang lain. Dan kemudian, saya beroleh ganjaran kewangan yang berbaloi-baloi. Ini meyakinkan lagi bahawa menjadi penulis fiksyen adalah suatu kerjaya yang bukan main-main. Inilah realiti sebenar.

Jika suatu masa dahulu dunia penulisan novel ataupun penulisan kreatif dianggap tidak dapat menjamin masa hadapan namun begitu kini sebaliknya. Dunia penulisan novel sudah menjadi suatu industri yang menguja ramai orang untuk memasukinya. Suatu dunia baru yang dilihat serba warna-warni.

Apa komitmen saya hari ini?

Pertama: Saya ingin menceritakan bagaimana untuk melakukannya meskipun ia adalah penulisan pertama yang anda hasilkan

Kedua: Saya ingin dedahkan semua cara yang dapat dilakukan bagi menghasilkan penulisan novel ataupun karya kreatif pertama anda yang akan dibaca orang ramai.

Ketiga: Saya akan tukarkan harta paling bernilai dalam diri anda menjadi harta yang membawa pulangan yang berkali ganda, dalam bentuk wang ringgit dan pastinya pahala.

Keempat: Tukarkan imaginasi dan pengalaman menjadi sebuah karya yang sedap dibaca dan diikuti ramai.

Bersama-sama syarikat penyedia program latihan penulisan terunggul di Malaysia, Akademi Penulis, saya dengan segala hormatnya menjemput anda ke bengkel ini.

bengkel-novel-akademi-penulis-2015

Klik pada butang "Mahu Daftar" di atas untuk pendaftaran.

Tempat semakin terhad. Daftar hari ini juga.

noorainikhaironi

Bengkel yang amat komprehensif. Mudah difahami dan boleh diikuti oleh saya yang bukan seorang penulis buku. Modul bengkel ini disusun secara langkah demi langkah daripada yang paling mudah ke paling sukar. Metodologi digunakan 'fun & enjoy' - Puan Nooraini Haji Khaironi, guru tadika

Apakah Pengisian Sepanjang Program?

Sepanjang program dua hari ini, para peserta bakal didedahkan secara jelas dan terperinci melalui MODUL FORMULA PENULISAN KREATIF BESTSELLER. Ia dilakukan secara teori dan praktikal bagi menghasilkan karya krearif pertama anda. Formula penulisan ini disusun secara rapi dalam 3 fasa. Ia adalah yang pertama seumpamanya dan pertama kali didedahkan di dalam bengkel ini.

Fasa 1 : Pra Penulisan

Fasa ini memperkenalkan calon pengarang kepada industri selain memahamkan calon pengarang mengenai senario semasa penulisan novel dan kreatif. Calon pengarang diberikan input untuk mempersediakan diri memasuki industri.

Fasa 2 : Penulisan & Penghasilan Karya

Calon pengarang diberikan pendedahan kepada aspek penulisan dan proses menghasilkan karya bermula daripada A sehingga Z.  Bagi calon pengarang yang tidak berpengalaman akan dibimbing menulis secara idealnya.

Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan

Aspek penting yang ditekankan adalah berbahasa kerana ini merupakan elemen yang amat penting dalam penulisan novel. Calon pengarang diberikan pendedahan hal ehwal etika penulisan, perjanjian pengarang-penerbit dan aspek promosi langsung yang boleh dilakukan oleh pengarang.

kursus-penulisan-saya-mahu

Klik pada butang di atas untuk mendaftar.

drkarim

Bengkel ini amat berguna bagi mana-mana individu yang berminat untuk menjadi penulis tetapi tidak tahu bagaimana melakukannya. Ia memberi motivasi bagi menceburi bidang penulisan novel secara serius. Suatu bentuk program dan forum yang menemukan orang-orang berminat untuk menulis. Ini membuatkan kita tidak merasakan kita berseorangan. - Dr. Abdul Karim, Ketua Jabatan di Fakulti Sains, Universiti Malaya

Cukai GST 6% anda untuk kursus ini bernilai RM28.20 ditanggung sepenuhnya oleh kami sebagai bukti kami komited membantu anda. NAMUN tawaran ini (tanggungan GST) adalah TERHAD dan akan ditamatkan pada bila-bila masa.

PENYERTAAN MAKIN PENUH!

Saya berminat! Berapakah yuran penyertaan?

Yuran yang pernah kami kenakan untuk kursus 2 hari adalah lebih daripada RM500. Untuk bengkel ini, yurannya adalah RM570. Tetapi bagi menghargai anda yang serius dalam bidang penulisan ini, kami berikan diskaun sebanyak RM100.

Jadi yuran impian anda untuk bengkel ini adalah RM470 sahaja!

RM570

RM470 sahaja

kursus-penulisan-saya-mahu

Bengkel ini terbuka kepada 40 orang peserta sahaja. Klik butang di atas untuk mendaftar.

Tempat semakin terhad. Daftar hari ini juga.

Cukai GST 6% anda untuk kursus ini bernilai RM28.20 ditanggung sepenuhnya oleh kami sebagai bukti kami komited membantu anda. NAMUN tawaran ini (tanggungan GST) adalah TERHAD dan akan ditamatkan pada bila-bila masa.

Komitmen Kami

"Apa pun latar belakang anda, angan-angan dan impian anda hari ini ditukar menjadi kenyataan."

kamarzaman

Bengkel yang amat baik untuk para pengarang baru. Ia dapat mendedahkan pelbagai teknik dalam dunia penulisan. Saya mengharapkan ada program tambahan yang menjadi kesinambungan kepada program hebat ini. 
-En. Kamarzaman

Fakta

"Percayakah anda bahawa apa yang ada di dalam diri anda adalah kunci kepada pendapatan pasif, iaitu buat sekali, makan berkali-kali hanya melalui penulisan novel?"

Ramai yang menulis tidak ada pengajian khusus dalam penulisan novel. Mereka benar-benar menggunakan aset dalam diri yang ditukar menjadi harta yang berganda nilainya. Mereka menukarkan imaginasi dan pengalaman kepada sebuah karya yang dapat dibaca. Penulis novel bestseller adalah milik anda sama sebagaimana dilalui mereka di bawah!

Siapakah jurulatih penulisan yang akan membantu saya menghasilkan novel pertama?
salinaibrahim copy

Salina Ibrahim, bukan sekadar nama terkenal dalam penulisan novel dan kreatif. Ia dijadikan rujukan para penulis baru yang mahu menjadi penulis novel dan karya kreatif.

Sama ada secara sambilan atau pun sepenuh masa, nama Salina Ibrahim disebut sebagai salah seorang yang berautoriti dalam membimbing penulisan novel tempatan. Salina Ibrahim sudah menulis ratusan cerpen sejak mendapat bimbingan dalam program Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa & Pustaka pada tahun 1991.

Karya Salina Ibrahim

Sehingga kini beliau sudah menghasilkan lapan buah novel; Mahligai (Creative Enterprise, 2001), Anjung Warisan (CESB, 2002), Untukmu Hana…(CESB, 2003), Kombinasi Bunga Cinta (CESB, 2004), Atas Nama Kasih (CESB, 2005), Syurga Di Hati (CESB, 2006), Bukan Yang Pertama (PTS Litera Sdn Bhd, 2009) dan Setenang Cahaya Hati (Alaf 21 Sdn Bhd, 2010).

Anugerah yang dimenangi Pernah memenangi beberapa anugerah sastera peringkat kebangsaan seperti Hadiah Tunas Sastera Public Bank (1990), Pertandingan Formula Malaysia, kategori cerpen (2000), Pertandingan Menulis Skrip kategori cereka televisyen Finas (2003), Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2005, 2006, 2007) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2004/2005).

Penglibatan dalam dan luar negara Salina juga pernah dipilih mewakili Malaysia dalam program penataran sastera bengkel novel anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) di Bogor pada 2006.

Pernah bertugas sebagai wartawan, editor dan editor pengurusan kumpulan majalah, beliau juga aktif memberikan ceramah dan bimbingan penulisan kepada remaja, warga sekolah, pelajar universiti, dan para peminat sastera. Antaranya; peserta Minggu Penulis Remaja, pengetua-pengetua dari Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Selangor dan remaja dari kalangan pembaca majalah Fokus SPM & eSiswa dalam program bengkel cerpen remaja Fokus SPM & eSiswa.

Apabila seorang pegawai ladang menjadi penulis novel bestseller!

Abdul Latip Talib dilahirkan di Kampung Ulu Seperi Rembau Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai ladang FELCRA selama 20 tahun dan kini merupakan penulis sepenuh masa. Sudah menghasilkan 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kini menumpukan penulisan novel sejarah dengan PTS. Antara karya yang telah diterbitkan Salahudin Penakluk Jerusalem, Khalid Memburu Syahid, Ikramah Penentang Jadi Pembela, Tariq Menang atau Syahid, Si Bongkok Tanjung Puteri, Setelah Roboh Kota Melaka, Abu Bakar Sahabat Sejati, Sultan Muhamad al Fateh, Leftenan Adnan Wira Bangsa dan Hikayat Amir Hamzah jilid 1, 2 dan 3. Semua karyanya diulang cetak dan dilesen ke negara Indonesia. Sekarang beliau diiktiraf sebagai pengarang novel sejarah no. 1 Malaysia

Apabila seorang guru menjadi penulis novel bestseller!

A.Ubaidillah Alias adalah anak kelahiran negeri Serambi Mekah. Beliau menamatkan hafazan 30 juzuk di Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong. Beliau mendapat ijazah (Hons) dalam jurusan Usuluddin, Universiti Al-Azhar Kaherah. Kini bertugas di Maahad Tahfiz Sains, Tumpat Kelantan sebagai guru Al-Quran dan Akademik. Cerpen beliau pernah tersiar di akhbar dan majalah perdana. Novel grafik pertama beliau yang bertajuk Sekudus Nur Ilahi diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn. Bhd. Buku Warkah Cinta Berbau Syurga adalah buku kedua beliau. Terkini, novel terbaru yang dinantikan para pembacanya Kala Cinta dan Wahyu Bersatu

Apabila seorang Penyelia Petang di sebuah sekolah juga menjadi penulis novel bestseller!

Anis Ayuni merupakan seorang pengarang di Malaysia. Kini beliau memegang jawatan sebagai Penyelia Petang di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Beliau pernah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008. Antara karya bestseller beliau adalah Suara Hati (2002), Yang Terindah (2003), Manisnya Cinta (2004), Gemersik Kalbu (2005) Kau Kekasihku (2006), Bayangan Rindu (2007), Seribu Kali Sayang (2008), Sungguh Aku Cinta (2009) dan novel Saat Kau Kata Cinta (2010).

Inilah peluang. Bukan kebetulan tetapi inilah dikatakan pertemuan!

kursus-penulisan-saya-mahu

Bengkel ini terbuka kepada 40 orang peserta sahaja. Klik butang di atas untuk mendaftar.

Tempat semakin terhad. Daftar hari ini juga.

Cukai GST 6% anda untuk kursus ini bernilai RM28.20 ditanggung sepenuhnya oleh kami sebagai bukti kami komited membantu anda. NAMUN tawaran ini (tanggungan GST) adalah TERHAD dan akan ditamatkan pada bila-bila masa.

Tidak kira sama ada pegawai ladang, guru mahu pun penyelia, cungkil bakat penulisan novel anda walaupun kerjaya berbeza. Apabila rahsia dan strategi didedahkan, nama anda bakal sebagai penulis novel tempatan dikenali ramai.

Fakta

Bukan sahaja bagi tujuan peribadi, organisasi dan institusi juga menjadikan novel sebagai rakaman perkembangan sejarah yang terbaik.

HAMKA, seorang ulama dan pemikir di Indonesia juga merupakan novelis melalui karyanya Di Bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang menyentuh emosi pembaca sehingga sekarang.

karyahamka

HAMKA menulis novel bagi berkongsi ilmu yang kompleks menjadi mudah dalam bentuk cerita. Bagaimana penulis bestseller hari ini menemui rahsia HAMKA ini? Kami akan dedahkan cara-caranya dalam bengkel ini.

Novel adalah warisan paling diingati dalam keluarga. Dari ibu bapa kepada anak-anak dan  kepada keturunan seterusnya. Ia menjadikan nama penulis kekal hidup setiap generasi. Perkara yang tidak diberitahu tetapi dunia buku tahu! Pendapatan novel juga dapat diwariskan kepada keluarga.

Mahukah diri anda diingati dan menjadi inspirasi kepada kalangan ahli keluarga disebabkan oleh novel yang ditulis? Pada masa sama menjana pendapatan pasif yang berpanjangan?

Bilakah kali terakhir kita menjadikan pena, kertas dan komputer peribadi sebagai lubuk pendapatan pasif melalui penulisan? Rahsia yang paling penting dan wajib diketahui bakal penulis novel seperti anda! Novel adalah harta pusaka yang dapat diwariskan pendapatan. Ia tidak berhenti di situ sahaja.

Novel bestseller anda berpotensi menjana lebih daripada satu pendapatan apabila novel Anda menarik perhatian industri bagi dijadikan harta intelek berikut. Ia boleh diubah kepada beberapa 24 bentuk harta intelek lain yang menjana 24 jenis pendapatan berbeza kepada penulis.

  • Edisi kulit keras.
  • Edisi kulit lembut.
  • Edisi paperback.
  • Edisi ringkasan.
  • Edisi E-book.
  • Edisi-edisi terjemahan,
  • Edisi downloadable melalui Internet.
  • Edisi buku audio.
  • Edisi braille.
  • Edisi buku bergambar.
  • Edisi buku komik.
  • Edisi bersiri dalam akhbar ataupun majalah.
  • Beberapa bab dalam Internet sebagai bahan promosi.
  • Edisi buku digital dalam bentuk hand-held devices.
  • Edisi adaptasi menjadi skrip animasi.
  • Edisi adaptasi menjadi skrip filem.
  • Edisi adaptasi menjadi skrip siri televisyen.
  • Edisi adaptasi menjadi skrip teater pentas.
  • Edisi adaptasi menjadi modul latihan.
  • Cerita-cerita sekual atau sambungan yang dihasilkan oleh pengarang lain.
  • Hak mendaftarkan judul buku ataupun nama-nama watak, ataupun wajah watak-watak dalam buku bagi tujuan pemerdagangan.
  • Edisi asal mengikut wilayah pemasaran.
  • Bahan permainan komputer.
  • Produk merchandising.

Kini anda tahu mengapa sesetengah orang yang tahu rahsia ini bersungguh-sungguh menulis novel yang bertahan lama. Kini kita sudah tahu mengapa penulis Barat seperti JK Rowling menulis Harry Porter dalam keadaan senyum lebar. Mengapa Dan Brown yang popular dengan Da Vinci Code teliti menguasai ilmu penulisan novelis.

Malah ia merebak ke tanah air apabila ada novel menjadi animasi, filem dan drama televisyen. Novel Geng Genius kolaborasi tiga penulis muda tempatan kini pantas diulang cetak. Bayangkan apa akan terjadi apabila novel tempatan ini dianimasikan?

genggenius

Tahukah anda novel kanak-kanak ini dihasilkan hanya daripada angan-angan, kegilaan mereka terhadap siri televisyen dan gabungan pengalaman hidup dan kerja yang biasa. Ia diterjemah ke dalam watak kanak-kanak meskipun mereka adalah penulis dewasa! Bengkel penulisan novel 2 hari akan mendedahkan cara ini kepada anda secara cepat mudah dan praktikal!

dearyayah

Novel Farihah Iskandar, Dear Yayah bermula sebagai novel kecil menjadi novel kompilasi, Hari ini novel Dear Yayah sudah menjadi siri komik. Bayangkan apabila ia menjadi drama televisyen dan dianimasikan?

INGIN MENDAFTAR DIRI

Klik "Saya Mahu Sertai" di bawah untuk mula mendaftar.

kursus-penulisan-saya-mahu

Tempat semakin terhad. Daftar hari ini juga.

PENYERTAAN MAKIN PENUH!

khairanimaisurah

Satu program yang  memberikan  banyak maklumat dan panduan bagaimana hendak memulakan  penulisan.  Melalui jurulatih bengkel yang berpengalaman, ia memberi  ransangan  kepada saya untuk menjadi penulis. Saya semakin bersemangat  untuk  memulakan langkah pertama. - Puan Khairani Maisurah Hassan,  pengaturcara komputer

Formula buat sekali makan berkali-kali memang sudah berlaku. Jadi mengapa harus tunggu? Mulakan langkah awal paling berkesan dengan menyertai bengkel ini yang akan mendedahkan satu persatu teknik dan taktik berkarya.

Pertemuan kita di laman web ini bukan kebetulan. Ia adalah langkah yang disusun bagi memenuhi keinginan kreatif Anda.  Impian dan harapan menjadi penulis novel. Tukarkan perkataan angan-angan menjadi kenyataan. Tempat adalah terhad. Satu persatu kerusi sedang diisi. Mulakan diari kejayaan Anda sebagai penulis novel tahun ini dengan mendaftar sekarang.

Terhad untuk 40 orang sahaja

Segala pengisian di atas ini juga yang berjaya melahirkan para penulis bestseller dengan jualan buku yang tinggi. Money Back Guarantee 100% - Burst Badge OrangeSebenarnya kami bukanlah hendak menjual bengkel penulisan ini untuk kelangsungan hidup kami. Apa yang dilakukan di sini adalah memberikan satu peluang kepada anda. Satu peluang yang akan diperoleh jika anda bertindak. Apa gunanya anda menghadiri bengkel penulisan ini tetapi tidak mendapat sebarang kesan kepadanya. Beginilah, apa yang boleh kami lakukan, anda sertai seminar ini (2 hari yang penuh berharga), alaminya dan praktikkannya. Jika selepas habis bengkel ini, anda dapati tidak ada langsung perkara baru yang diperoleh. Maklumkan kepada pihak kami. Kami akan pulangkan keseluruhan wang kepada anda tanpa sebarang pertanyaan.

JAMINAN 100%

Pihak kami memberikan jaminan 100% kepuasan kepada peserta kami. Daftarkan diri dan hadiri kursus selama 2 hari ini. Apabila pihak anda tidak berpuas hati ataupun tidak mempelajari walaupun satu perkara baru di dalam program ini, temui mana-mana pegawai yang berada dalam kursus dan maklumkan mengenainya. Pihak kami akan memulangkan semula keseluruhan yuran yang dibayar tanpa banyak soal.

bengkel-novel-akademi-penulis-2015

Tempat semakin terhad. Daftar hari ini juga.

Saya berminat! Berapakah yuran penyertaan?

Yuran yang pernah kami kenakan untuk kursus 2 hari adalah lebih daripada RM500. Untuk bengkel ini, yurannya adalah RM570. Tetapi bagi menghargai anda yang serius dalam bidang penulisan ini, kami berikan diskaun sebanyak RM100.

Jadi yuran impian anda untuk bengkel ini adalah RM470 sahaja!

RM570

RM470 sahaja

Cukai GST 6% anda untuk kursus ini bernilai RM28.20 ditanggung sepenuhnya oleh kami sebagai bukti kami komited membantu anda. NAMUN tawaran ini (tanggungan GST) adalah TERHAD dan akan ditamatkan pada bila-bila masa.

6 Kelebihan Utama Menjadi Penulis Novel

arrow
  • Sumber Pendapatan Tanpa Henti

    Selagi mana novel anda terjual, ia adalah ‘mesin penjana’ pendapatan kepada anda tanpa anda perlu melakukan apa-apa.

  • Pelbagai Sumber Pendapatan

    Daripada sebuah novel, ia boleh menjadi banyak bentuk (format) hasil kreatif yang berbeza. Contohnya sebuah novel boleh diubah menjadi sebuah filem ‘box office’.

  • Pengikut Tersendiri

    Seorang penulis novel akan mempunyai pengikut (pembaca) tersendiri. Mereka akan menyebabkan anda tidak senang duduk kerana mereka sentiasa menanti novel terbaru anda!

  • Harta Intelek

    Tulisan novel anda adalah sebuah ‘harta’ yang mempunyai nilai tersendiri dan boleh diwariskan kepada generasi anda seterusnya.

  • Dihormati Masyarakat

    Kelebihan ini boleh digunakan untuk anda menyampaikan mesej positif untuk memberi impak yang besar kepada masyarakat, hanya melalui penulisan.

  • Tidak Perlu Modal Besar

    Menjadi penulis tidak memerlukan modal yang besar. Seorang penulis pada masa kini memerlukan sebuah laptop dan perisian untuk menaip. Selebihnya proses suntingan dan terbitan dilakukan oleh penerbit.

Daftar sebagai peserta bengkel ini pada hari ini juga. Penyertaan dibuka kepada 40 orang sahaja.

DAFTAR SEKARANGKlik di sini..

Cukai GST 6% anda untuk kursus ini bernilai RM28.20 ditanggung sepenuhnya oleh kami sebagai bukti kami komited membantu anda. NAMUN tawaran ini (tanggungan GST) adalah TERHAD dan akan ditamatkan pada bila-bila masa.

PENYERTAAN MAKIN PENUH!

Hubungi Kami

FINE Training Academy Sdn Bhd
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel. : (+6) 03 4149 2560 / 4131 4082
Faks : (+6) 03 4149 3560
E-mel : info@fineacademy.com.my

Penganjur

akademi-penulis-300

No. Syarikat: 849277-U
No. ID GST: 000740315136

Ada Pertanyaan?

© Akademi Penulis Sdn. Bhd. 2015